Sunday 12 April 2020

Ringkasan Kursus Pengacaraan Majlis


Pengenalan

Kursus 2 hari ini disediakan khusus untuk peserta-peserta yang memerlukan kemahiran mengacara majlis dengan berkesan beserta dengan ketrampilan yang bersesuaian. 

Kursus ini menggunakan kaedah-kaedah pembelajaran dewasa yang telah terbukti mudah diikuti, berkesan dan praktikal.

Peserta-peserta diberi peluang secukupnya untuk menerap kaedah-kaedah Pengacaraan Majlis melalui aktiviti berkumpulan dan latihan persendirian yang telah dirumus dengan tujuan untuk mancapai matlamat kursus.

Setelah mengikuti kursus ini, peserta-peserta akan berupaya untuk mengacara majlis dengan yakin dan profesional lantas meningkatkan imej jabatan dan organisasi.

Matlamat Kursus

Matlamat-matlamat kursus ini adalah: 
  • Membekal peserta-peserta dengan kaedah-kaedah pengacara majlis
  • Memantapkan kemahiran pengacaraan majlis yang sedia ada
  • Menambahkan keyakinan peserta-peserta mengacara majlis
  • Memperkenalkan protokol panggilan hormat dan susunan keutamaan 
  • Memahami jenis-jenis pakaian yang digunakan dalam majlis
  • Menggunakan pakaian yang bersesuaian dengan keperluan majlis dan penganjur
  • Menyediakan skrip ucapan yang baik
  • Meningkatkan imej organisasi melalui pengacaraan majlis yang berkesan dan cemerlang

Pendekatan Kursus

Kursus ini menggunakan kaedah-kaedah pembelajaran dewasa sepenuhnya untuk memantapkan kefahaman, keberkesanan dan penerapan. 80% daripada kandungan kursus adalah berbentuk aktiviti-aktiviti berkumpulan dan persendirian, yang membantu peserta-peserta belajar dan berlatih kaedah-kaedah pengacaraan majlis dalam suatu suasana yang positif lagi menggalakkan pembelajaran.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGACARAAN MAJLIS Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Sukatan Kursus

Modul 1
Pengenalan kepada Pengacaraan Majlis

  • Takrif & matlamat majlis
  • Jenis-jenis majlis
  • Proses perancangan majlis
  • Kedudukan pengacaraan majlis di dalam proses perancangan majlis
  • Perbezaan antara membaca dan memberitahu maklumat
  • Pengacara Majlis vs Floor Manager
  • Single or Duet?
  • Elemen-elemen Pengacara Majlis Yang Hebat –eg: Tema majlis, Agenda program, Penyediaan ‘que-card’ dll
  • Tips-Tips Menjadi Pengacara Majlis Yang Hebat

Modul 2
Protokol Majlis

  • Panggilan rasmi
  • Susunan keutamaan
  • Susunan ketibaan, tempat duduk dan panggilan
Modul 3
Peranan Pengacara Majlis

  • Tugas dan tanggungjawab utama
  • Menangani gangguan, kecemasan dan keadaan luar biasa
  • Cabaran Pengacara Majlis – eg: Bersedia membuat perubahan agenda mendadak dll

Modul 4
Tertib Menghadiri Majlis Dan Tatarias

  • Pakaian rasmi dan kesesuaian
  • Jenis-jenis pakaian rasmi

Modul 5
Ciri Ciri Penting Dalam Penyampaian

  • Kaedah menangani perasaan gemuruh dan gugup
  • Kenyaringan suara
  • Modulasi dan kepelbagaian suara
  • Unsur-unsur menarik perhatian
  • Bahasa tubuh
  • Kaedah Penguasaan Pentas

Modul 6
Penyediaan Skrip

  • Kerangka dan contoh skrip
  • Latihan menyediakan skrip
  • Penggunaan bahasa istana
Modul 7
Latihan dan Simulasi Pengacaraan Majlis

  • Pengacaraan pelbagai jenis majlis rasmi dan tidak rasmi
  • Teknik rehearsal yg efektif



Jadual Kursus

Masa
Hari Pertama
Hari Kedua
8.30 am
Pengenalan kepada Pengacaraan Majlis (M1)

Penyediaan Skrip (M6)

10.45 am
Minum pagi
11.00 am
Protokol Majlis (M2)

Penyediaan Skrip - Sambungan (M6)

1.00 pm
Makan tengahari
2.00 pm
Peranan Pengacara Majlis (M3)

Tertib Menghadiri Majlis Dan Tatarias (M4)

Latihan dan Simulasi Pengacaraan Majlis  (M7)

3.30 pm
Minum petang
3.45 pm
Ciri Ciri Penting Dalam Penyampaian (M5)

Latihan dan Simulasi Pengacaraan Majlis - Sambungan (M7)

5.00 pm
Tamat

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGACARAAN MAJLIS Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

No comments:

Post a Comment