Tuesday 8 December 2020

Sentiasa Memperkenalkan Bio Emcee


Dalam sesuatu acara, akan ada masanya apabila anda mengacara majlis yang anda kenal hampir kesemua audien anda. Namun, ianya tidak bermaksud anda tidak perlu memperkenalkan diri anda. 

Memperkenalkan diri serta latar belakang anda akan memainkan peranan penting dalam mewujudkan kredibiliti dan hubungan antara anda dan peserta.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#EventmanagementCouseMalaysia
#MCSkillsCourseMalaysia
#KursusPengacaraanMajlisMalaysia

Monday 30 November 2020

Emcee Membawa Suasana Positif & Bertenaga


Sebagai seorang Emcee anda haruslah sentiasa membawa suasana positif dan bertenaga di pentas. Anda tidak perlu melompat-lompat di atas pentas (melainkan jika majlis memerlukannya), tetapi anda harus bersuara lantang dan bersemangat untuk program yang akan datang.

Semakin banyak tenaga yang anda miliki, semakin banyak penonton yang terkesan dengan aura anda, dan jika anda teruja, penonton anda akan teruja. Tetapi jika anda membosankan, penonton anda juga akan bosan.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#EventmanagementCouseMalaysia
#MCSkillsCourseMalaysia
#KursusPengacaraanMajlisMalaysia

Wednesday 7 October 2020

Kemahiran Seorang Emcee - Mahir Dalam Pembentangan


MC perlu mahir dalam kemahiran penbentangan supaya dapat menyampaikan ucapan dengan jelas, tenang, dan dengan cara yang menghiburkan.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#EventmanagementCouseMalaysia
#MCSkillsCourseMalaysia
#KursusPengacaraanMajlisMalaysia

Monday 24 August 2020

Kemahiran Seorang Emcee - Pantas Berfikir


Untuk menjadi emcee yang berjaya, berfikir secara spontan dan pantas adalah kemahiran yang mesti dimiliki. Ketika situasi yang tidak dijangka timbul, emcee harus tetap tenang menghadapi tekanan tersebut dan memikirkan cara penyelesaian dengan cepat.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#EventmanagementCouseMalaysia
#MCSkillsCourseMalaysia
#KursusPengacaraanMajlisMalaysia

Sunday 9 August 2020

Kemahiran Seorang Emcee - Kebolehsuaian


Seorang Emcee harus dapat bertindak balas terhadap apa jua situasi dengan cepat dan mencari cara terbaik untuk menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi.

Justeru, kemampuan menyesuaikan diri adalah kemahiran yang amat penting untuk pekerjaan ini.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#EventmanagementCouseMalaysia
#MCSkillsCourseMalaysia
#KursusPengacaraanMajlisMalaysia

Sunday 19 July 2020

Emcee Perlu Bersedia Untuk Apa Jua Kebarangkalian


Pada hari majlis berlangsung, MC akan mengesahkan kehadiran tetamu. Beliau juga akan mengubahsuai jadual dan ucapan nya jika ada sebarang perubahan saat akhir pada aturcara majlis.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#EventmanagementCouseMalaysia
#MCSkillsCourseMalaysia
#KursusPengacaraanMajlisMalaysia

Friday 3 July 2020

Emcee Menyediakan Ucapan Dan Pengenalan


Antara tugas Emcee ialah untuk menyediakan ucapan untuk acara tersebut, berdasarkan perbincangan dengan pihak penganjur, dan menyiapkan sebarang perngenalan yang perlu mereka sampaikan kepada peserta atau penceramah lain.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#EventmanagementCouseMalaysia
#MCSkillsCourseMalaysia
#KursusPengacaraanMajlisMalaysia

Thursday 18 June 2020

Emcee Adalah Wakil Kepada Penganjur


Setiap majlis atau acara, pastinya ada seorang Emcee. Emcee adalah wakil kepada penganjur. Di permulaan acara, Emcee akan menerangkan kepada tetamu beberapa peraturan dan menyalurkan maklumat-maklumat penting. 

Sebagai contoh, Emcee akan menunjukkan lokasi pintu kecemasan dan tandas. Dalam acara yang menyajikan makanan, Emcee akan memberitahu tetamu bilakah masa untuk menjamu selera.

#AzmiShahrin
#TripleATraining
#HRDFTrainingProvider
#PembekalLatihanKementerianKewangan
#EventmanagementCouseMalaysia
#MCSkillsCourseMalaysia
#KursusPengacaraanMajlisMalaysia

Saturday 30 May 2020

Sebutan Betul "Chef"


Haa, sebutan betul chef ialah 'ch' dibunyikan seperti 'sh'. Mari kita dengar bagaimana Encik Azmi menyebut perkataan chef dengan betul.

#AzmiShahrin
#tripleAtraining
#EnglishWithAzmi
#KursusBahasaInggeris
#EnglishForBusinessCommunicationCourseKL
#AzmiAjarEnglish
#SebutanBahasaInggeris

Selamat Hari Kaamatan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami warga Triple A Training ingin mengucapkan Selamat Hari Kaamatan kepada rakyat Sabah dan Labuan yang menyambutnya.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.

#tripleAtraining
#traininganddevelopment
#skillsenhancement
#professionaldevelopment
#productivityandperformance
#pembelajaransepanjanghayat
#HRDFRegisteredTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftarMOF
#PembekalLatihanBerdaftarKementerianKewangan
#PembekalLatihanBerdaftarEperolehan

Friday 29 May 2020

Sebutan Betul "O'Clock"


Haa, sebutan betul untuk o'clock, huruf 'o' dibunyikan seperti huruf 'a' ya. Mari kita dengar macam mana Encik Azmi sebut o'clock dengan betul.

#AzmiShahrin
#tripleAtraining
#EnglishWithAzmi
#KursusBahasaInggeris
#EnglishForBusinessCommunicationCourseKL
#AzmiAjarEnglish
#SebutanBahasaInggeris

Wednesday 27 May 2020

Fakta Menarik


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 5 syawal.

Saya pasti ramai di antara kita yang telah mula bekerja. Banyak tak e-mel yang perlu dibaca dan dijawab?

Sedikit fakta untuk anda semua. Pekerja menggunakan 25% masa bekerja mereka untuk membaca dan menjawab e-mel.

Justeru, jika anda bekerja selama 40 tahun, anda menggunakan 10 tahun untuk membaca dan menjawab emel sahaja. Wow!

Kami di Triple A Training mengucapkan selamat bekerja kepada anda semua.

#tripleAtraining
#traininganddevelopment
#skillsenhancement
#professionaldevelopment
#productivityandperformance
#pembelajaransepanjanghayat
#HRDFRegisteredTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftarMOF
#PembekalLatihanBerdaftarKementerianKewangan
#PembekalLatihanBerdaftarEperolehan

Sebutan Betul "Wednesday"


Sebutan betul untuk hari Rabu dalam Bahasa Inggeris, huruf 'd' tidak dibunyikan ye. Mari kita dengar bagaimana sebutan yang betul Wednesday dari Encik Azmi.

#AzmiShahrin
#tripleAtraining
#EnglishWithAzmi
#KursusBahasaInggeris
#EnglishForBusinessCommunicationCourseKL
#AzmiAjarEnglish
#SebutanBahasaInggeris

Tuesday 26 May 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 4 syawal.

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda semua kerana English With Azmi telah memasuki siri yang ke 50. Teruskan menyokong usaha kami supaya kami dapat memasuki siri yang ke 100.

Ayat minggu ini ialah Hour VS Our. Sebutan ayat ini sama tetapi maksudnya amat berbeza.

Hour bermaksud Jam. Contoh ayat ialah "You have to fast for 12 HOURS before your operation." (Anda perlu berpuasa selama 12 JAM sebelum pembedahan anda.)

Our pula bermaksud Kami. Contoh ayat ialah "This is OUR house." (Ini adalah rumah KAMI.)

English With Azmi akan bersiar pada malam ini (27/5/2020) pada pukul 8 malam. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa join untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma.

#tripleAtraining
#traininganddevelopment
#skillsenhancement
#professionaldevelopment
#productivityandperformance
#pembelajaransepanjanghayat
#HRDFRegisteredTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftarMOF
#PembekalLatihanBerdaftarKementerianKewangan
#PembekalLatihanBerdaftarEperolehan

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 3 syawal.

Tidur yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Namun, tahukah anda orang-orang yang bijak dan berjaya tidak banyak menghabiskan masanya untuk tidur?

Nama-nama terkemuka seperti Jack Dorsey (Pengasas Twitter), Indra Nooyi (Ketua Eksekutif PepsiCo) dan Donald Trump (Presiden Amerika Syarikat) tidur kurang dari 5 jam.

Dalam satu wawancara, Trump menyatakan, "Bagaimana seseorang yang tidur 12 dan 14 jam sehari akan dapat bersaing dengan seseorang yang tidur tiga atau empat jam?"

Justeru, jika anda betul-betul inginkan kejayaan, kurangkanlah masa tidur anda kerana orang yang bijak adalah orang yang ambil peluang tika yang lain masih tidur.

#tripleAtraining
#traininganddevelopment
#skillsenhancement
#professionaldevelopment
#productivityandperformance
#pembelajaransepanjanghayat
#HRDFRegisteredTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftarMOF
#PembekalLatihanBerdaftarKementerianKewangan
#PembekalLatihanBerdaftarEperolehan

Monday 25 May 2020

Sebutan Betul "Develop"


Satu lagi tips sebutan betul dari Encik Azmi. Kali ini, sebutan "Develop". Dengar betul-betul ye. Semoga video ini memberi ilmu baru kepada anda.

#AzmiShahrin
#tripleAtraining
#EnglishWithAzmi
#KursusBahasaInggeris
#EnglishForBusinessCommunicationCourseKL
#AzmiAjarEnglish
#SebutanBahasaInggeris

Kata-Kata Motivasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 2 syawal.

Semua orang mengimpikan masa depan yang lebih baik. Namun, untuk mencapainya tidaklah semudah yang dijangka. Dalam membina masa depan yang lebih baik, dugaan demi dugaan menghimpit kita.

Dugaan semasa Covid-19 ini amatlah sukar. Ada di antara kita yang dibuang kerja. Graduan lebih sukar mendapatkan kerja. Peniaga-peniaga pula mengalami kerugian yang dasyat sehingga mereka terpaksa tutup kedai.

Dugaan-dugaan seperti ini membuatkan kita penat lalu berputus asa untuk membina masa depan yang lebih baik untuk diri dan keluarga anda.

Namun ingatlah, jika anda ingin masa depan anda menjadi lebih baik, maka bersusah payahlah mulai dari sekarang. InsyaAllah, kejayaan akan datang kepada anda kelak.

#tripleAtraining
#traininganddevelopment
#skillsenhancement
#professionaldevelopment
#productivityandperformance
#pembelajaransepanjanghayat
#HRDFRegisteredTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftarMOF
#PembekalLatihanBerdaftarKementerianKewangan
#PembekalLatihanBerdaftarEperolehan

Saturday 23 May 2020

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dapat dimaafi.

Kami di Triple A Training mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Maaf zahir dan batin.

#tripleAtraining
#traininganddevelopment
#skillsenhancement
#professionaldevelopment
#productivityandperformance
#pembelajaransepanjanghayat
#HRDFRegisteredTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftarMOF
#PembekalLatihanBerdaftarKementerianKewangan
#pembekallatihanberdaftarkementeriankewangan

Friday 22 May 2020

Fakta Menarik


Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 29 ramadan.

Tahukah anda, selain dari menghilangkan dahaga, pengambilan air yang mencukupi dapat meningkatkan produktiviti harian anda sebanyak 14%.

Justeru, saya menasihatkan anda semua untuk minum air secukupnya untuk sahur kelak supaya anda kekal produktif sepanjang hari sehingga berbuka.

Moga fakta ini memberi manfaat kepada anda.

#tripleAtraining
#traininganddevelopment
#skillsenhancement
#professionaldevelopment
#productivityandperformance
#pembelajaransepanjanghayat
#HRDFRegisteredTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftarMOF
#PembekalLatihanBerdaftarKementerianKewangan
#pembekallatihanberdaftarkementeriankewangan

Sebutan Betul "Tonight"


Tonight, i learn on how to pronounce "Tonight" correctly, and I want to share it with all of you.

#AzmiShahrin
#tripleAtraining
#EnglishWithAzmi
#KursusBahasaInggeris
#EnglishForBusinessCommunicationCourseKL
#AzmiAjarEnglish
#SebutanBahasaInggeris

Thursday 21 May 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum and good day. Salam 28 ramadan.

At the start of every English training session delivered by Encik Azmi, he will ask for a volunteer to be the first to introduce himself in English.

The participant who volunteers to do this will be rewarded with a bar of chocolate.

You maybe wondering, why did Encik Azmi reward the participant who was the first to volunteer?

It is because he/ she was brave to grab this opportunity before someone else did.

It is the same in real life. A person may not be the brightest or has deep pockets. However, he will be a winner if he grabs every opportunity before someone else does.

Remember, grab every opportunity and you will be a winner.

#tripleAtraining
#traininganddevelopment
#skillsenhancement
#professionaldevelopment
#productivityandperformance
#pembelajaransepanjanghayat
#HRDFRegisteredTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftarMOF
#PembekalLatihanBerdaftarKementerianKewangan
#PembekalLatihanBerdaftarEperolehan

Wednesday 20 May 2020

Sebutan Betul "Tomorrow"


Haa, sebelum ini sebutan "Today", hari ini pulak cara sebutan betul untuk "Tomorrow".

#AzmiShahrin
#tripleAtraining
#EnglishWithAzmi
#KursusBahasaInggeris
#EnglishForBusinessCommunicationCourseKL
#AzmiAjarEnglish
#SebutanBahasaInggeris

Tuesday 19 May 2020

Sebutan Betul "Today"


Today, i learn on how to pronounce "Today" correctly 😄😄😄

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 26 ramadan.

Ayat minggu ini ialah "Hear" vs "Here". Sebutan ayat ini sama tetapi maksudnya amat berbeza.

Hear bermaksud Dengar. Contoh ayat ialah "I can HEAR your voice clearly. (Saya DENGAR suara anda dengan jelas.)"

Here pula Di sini. Contoh ayat ialah "Ali, please stop your car HERE. (Ali, sila hentikan kereta anda DI SINI.)"

English With Azmi akan bersiar pada esok hari (20/5/2020) pada pukul 11 pagi. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa join untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma.

#tripleAtraining
#traininganddevelopment
#skillsenhancement
#professionaldevelopment
#productivityandperformance
#pembelajaransepanjanghayat
#HRDFRegisteredTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftarMOF
#PembekalLatihanBerdaftarKementerianKewangan
#PembekalLatihanBerdaftarEperolehan

Monday 18 May 2020

Kata-Kata Motivasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 25 ramadan.

Kita semua pernah menghadapi kegagalan, samada tidak mendapat "straight A's", tidak dapat menyambung pelajaran ke universiti, tidak pernah mendapat anugerah dekan, tidak dapat pekerjaan yang diidamkan dan lain-lain lagi.

Pada saat-saat seperti ini, anda harus bertenang dan melihat sejenak berapa jauhnya anda telah sampai dalam merealisasikan impian anda. Setelah itu, anda akan sedar, untuk menyerah dan berhenti usaha adalah perkara yang sia-sia.

Anda cuma perlu berehat sejenak dan kembali berjuang merealisaskan impian anda. Ingatlah pepatah Melayu, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian.

#tripleAtraining
#traininganddevelopment
#skillsenhancement
#professionaldevelopment
#productivityandperformance
#pembelajaransepanjanghayat
#HRDFRegisteredTrainingProvider
#PembekalLatihanBerdaftarMOF
#PembekalLatihanBerdaftarKementerianKewangan
#PembekalLatihanBerdaftarEperolehan

Sebutan Betul "Colonel"


Alamak, saya sediri kalau pergi KFC nak order Colonel Burger, mesti saya sebut "Kolonel Burger". Anehnya, pekerja KFC tak pernah pun nak betulkan sebutan saya. Sekarang baru tahu sebutan yang betul.

Sunday 17 May 2020

Sebutan Betul "Computer"


Kita memang akan menggunakan komputer setiap hari, tapi adakah sebutan kita betul? Ini sedikit tips dari Encik Azmi tentang cara sebutan computer yang betul.

Sebutan Betul "Colleague"


Dengar baik-baik macam mana Encik Azmi pronounce perkataan "Colleague" dan bandingkan sama ada betul tak sebutan anda? Jika ya, tahniah. Jika tidak, tahniah juga kepada anda sebab anda dah belajar cara sebutan nya dengan betul.

Friday 15 May 2020

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 23 ramadan.

Kami warga Triple A Training ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.

Kerana seorang gurulah, kami pandai membaca, menulis dan mengira. Hanya Allah sahajalah yang mampu membalas jasa kalian.

Terima kasih Guru.

Fakta Jumaat


Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 22 ramadan.

Nak jadi produktif, kita mesti cukup tidur ye. Tidur tak boleh kurang dari 7 jam, nanti otak jadi buntu dan emosi tidak menentu. Jangan pula tidur lebih dari 9 jam, nanti badan cepat berasa lesu dan berat badan menaik.

Thursday 14 May 2020

Sebutan Betul "Control"


Ini saya pun selalu salah sebut 🤣🤣🤣, dengar macam mana Encik Azmi pronounce dengan betul ya.

Sebutan Betul "Confirm"


Sebutan betul "Confirm" dari Encik Azmi.

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum and good day, salam 21 ramadan.

Successful people are not without failure. They are the ones who did not allow failure to stop them from their goals because of their hunger for success.

Perhaps we can look into Jack Ma's life story. He grew up in a poor family, failed his college entrance exam twice, and was rejected from dozens of jobs, including one at KFC, before finding success with Alibaba.

In an interview, he was asked about the secret of Alibaba's success, and he replied, "We keep fighting. We keep changing ourselves. We don’t complain.”

The lesson from his story is never give up, be persistent, always be hungry for success, and success will eventually come to you.

Sebutan Betul "Career"


Bagaimanakah sebutan "Career" yang betul? Ini sedikit tips dari Encik Azmi.

Tuesday 12 May 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 19 ramadan.

Ayat minggu ini ialah "Whether" vs "Weather". Sebutan nya sama tetapi maksudnya berbeza.

Whether bermaksud Sama Ada. Contoh ayat ialah "I am not sure WHETHER the shop is still open or not. (Saya tidak pasti SAMA ADA kedai itu masih buka atau tidak.)"

Weather pula bermaksud Cuaca. Contoh ayat ialah "Nice WEATHER today. (CUACA hari ini sungguh baik.)"

English With Azmi akan bersiar pada esok hari (13/5/2020) pada pukul 11 pagi. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa join untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma.

Friday 8 May 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum and good day. Salam 15 ramadan.

Ever wonder why some people are more successful in achieving goals than others? What do successful people have that you and I do not?

The answer is their determination in realizing their goals. Successful people do not search for an excuse, they just find a way and execute actions that will lead to their goals.

The moment you start making excuses such as "I don't have time to exercise or I am not smart enough get straight A's", you will fail to reach your goals.

Your determination is the key to success, nothing else matters.

Wednesday 6 May 2020

Selamat Menyambut Hari Wesak


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami warga Triple A Training ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha dan selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia.

Tuesday 5 May 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 12 ramadan.

Ayat minggu ini ialah "Poor" vs "Pour". Sebutan nya sama tetapi maksudnya berbeza.

Poor bermaksud Miskin. Contoh ayat ialah "Ali was born into a POOR family. (Ali telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang MISKIN.)"

Pour pula bermaksud Tuang. Contoh ayat ialah "I POUR water from the container every day. (Saya MENUANG air daripada bekas itu setiap hari.)"

English With Azmi akan bersiar pada esok hari (6/5/2020) pada pukul 11 pagi. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa join untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma.

Monday 4 May 2020

Motivasi Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tanpa kita sedar, ramai orang di sekeliling kita yang terputus sumber pendapatan kerana Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Ada yang sudah diberhentikan kerja, ada yang gajinya dipotong setengah gaji, dan baru-baru ini saya lihat posting di Facebook, ketua keluarga berpusu-pusu pergi ke kedai pajak gadai untuk menggadaikan harta mereka untuk kelangsungan hidup.

Kepada golongan berkenaan, saya ingin mengambil potongan ayat Al-Quran, surah Al Insyirah, ayat 5. "Maka sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan".

Saya berdoa semoga Allah SWT memberikan perlindungan dan meluaskan rezeki semua rakyat Malaysia, Insya Allah. Salam 11 ramadan.

Thursday 30 April 2020

Selamat Hari Pekerja


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 8 ramadan.

Selamat menyambut Hari Pekerja 2020 kepada semua rakyat Malaysia. Ingatlah bahawa kerja juga merupakan satu ibadah. Justeru, sama-samalah kita meningkatkan kualiti kerja supaya ianya dapat menjadi saham akhirat kita kelak, InsyaAllah. Doakan juga keselamatan frontliners kita.

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum and good day. Salam 7 Ramadan.

As the saying goes "A goal without a plan is just a wish". I'm sure all of us have our own goals that we want to achieve. However, to achieve such goals, we must have a solid plan.

Take a look at this simple example. Let's say that your goal is to woke at 4:30 am for sahur. However, without proper planning such as going to bed early and setting your alarm clock, chances are you will miss your sahur.

How small or big your goals are, everything needs planning. Thus, plan frequently and wisely. Make sure your plan is supported with your effort.

Tuesday 28 April 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 5 ramadan.

Minggu lepas, ada followers bagitahu saya yang staf dia selalu salah gunakan perkataan "Accept" dan "Except". Jadi minggu ini, saya buat contoh ayat menggunakan "Accept" dan "Except".

Except bermaksud Kecuali. Contoh ayat ialah "Everyone in the class has passed the exam EXCEPT Ali." (Satu kelas lulus peperiksaan tersebut KECUALI Ali.)

Accept pula bermaksud Terima. Contoh ayat ialah "I ACCEPT your offer." (Saya TERIMA tawaran anda.)

Sempena bulan ramadan, English With Azmi akan bersiar pada esok hari (29/4/2020) pada pukul 11 pagi. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa join untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma 😁😁😁

Friday 24 April 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum and good day,

When we talk about success, most of us will think it is bestowed upon someone who is lucky, someone who is born rich and have a multiple connections.

While in some cases, it is definitely true, however, a lot of successful people build their success from nothing using this formula of "Success = skill + knowledge + effort".

Take Oprah Winfrey for example, she was born into an extremely poor family in rural Mississippi and suffered countless tragedies while she was a young girl.

However, she never used this as a reason to give up. She successfully snagged a scholarship to Tennessee State University, and at the age of 19, she was the first Black television correspondent in United States.

In 1986, she finally hosted her own show called The Oprah Winfrey Show. The rest is history. Through this show, she became a millionaire by 32, and her success inspired people around the world.

The moral of the story is, everyone can build their own success using this formula, "Success = skill + knowledge + effort". Try it yourself, and let success came your way.

Thursday 23 April 2020

Salam Ramadhan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami warga Triple A Training ingin mengucapakan salam ramadhan kepada semua. Semoga ibadah puasa tahun ini memberi keinsafan dan meningkatkan iman kita kepada Nya. Insya Allah.

Wednesday 22 April 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayat minggu ini ialah Weak VS Week.

Weak bermaksud lemah.
Contoh ayat ialah "My knees feel WEAK after every workout." (Lutut saya berasa LEMAH selepas setiap senaman.)

Week pula bermaksud minggu
Contoh ayat ialah "We have a public holiday next WEEK." (Kita ada satu cuti umum MINGGU depan.)

English With Azmi bersiar seperti biasa pada malam ini, pukul 8 malam. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa join untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma.

Tuesday 21 April 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum and good day,

In working environment, we all have our own selfishness, such as asking your coworker to do your paperwork, choosing your friends only as group members for a project and refusing to hear someone else's idea.

This selfish attitude will most definitely hinder your promotion to managerial position.

Even if you did, you cannot be an effective leader to your organization if you could not adjust yourself to working with someone else, do not have an open mind and worst of all, using people at your disposal.

Thus, when you feel like doing any of the above, remind yourself that the world, the sun and the universe do not revolve around you. The sooner you realize this, the faster you will achieve success.

Monday 20 April 2020

Online Course Announcement


Assalamualaikum and good day.

Great news. We have started to promote English With Azmi: ONLINE Speaking Practice.

This course will be led by Encik Azmi Shahrin, a HRDF certified trainer with 17 years of teaching and coaching English related course.

This course will assist entrepreneurs to improve their fluency in English. The registration fee is only RM15. With only RM15, you will receive many benefits, such as:

  • E-Certificate Of Attendance
  • Online Fun Quiz
  • Mystery Gift For Top Student
  • 75-Minute Speaking Practice
  • Expert Guidance By Encik Azmi
  • Lots Of Opportunities To Speak
  • Personal Coaching On Grammar 
  • Vocabulary and Pronunciation

Here is a sneak peak of our session. If you are interested, please call/ whatsapp Puan Siti Aishah at 012-8919855.

Motivasi Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita adalah manusia. Kita takut mencuba sesuatu yang baru kerana kita takut akan kegagalan. Itulah lumrah kita sebagai manusia.

Namun, tanpa mencuba sesuatu yang baru, kita tidak akan dapat mengenali diri kita. Tanpa mencuba sesuatu yang baru, anda tidak akan dapat maju. Tanpa mencuba sesuatu yang baru, kejayaan hakiki tidak akan dapat dikecapi.

Justeru, jangan sesekali pernah takut untuk mencuba, kerana tanpa mencuba kita tidak akan pernah merasakan keberhasilan.

Friday 17 April 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pepatah Inggeris ada menyebut "If it ain't broke, don't fix it." Ianya boleh diterjelmah sebagai benda yang lama, kalau ianya boleh diguna pakai, tidak payah diganti dengan yang baru.

Jika anda mencari dalam internet tentang bagaimana untuk mengurus tugasan anda dengan efektif, maka, pelbagai tips, kajian dan aplikasi yang akan disarankan kepada anda.

Namun, ada satu tips kuno yang masih relavan dan masih boleh dingunakan sehingga kini, iaitu, senaraikan semua tugasan anda supaya anda tidak terlupa.

Wednesday 15 April 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayat minggu ini ialah For VS Four.

For bermaksud untuk. Contoh ayat ialah "I will cook FOR you (Saya akan memasak UNTUK awak)".

Four pula bermaksud nombor empat. Contoh ayat ialah "I have FOUR siblings (Saya ada EMPAT orang adik-beradik)".

English With Azmi bersiar seperti biasa pada malam ini, pukul 8 malam. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa untuk join sesi LIVE kami untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma 😁😁😁

Tuesday 14 April 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bermula sebagai seorang penceramah Bahasa Inggeris yang hanya mampu memperolehi satu sesi latihan setiap bulan, kini beliau berjaya menerbitkan buku latihan Bahasa Inggeris, mempunyai porgram FB Live English With Azmi dan mengajar Bahasa Inggeris hampir setiap hari.

Terbuktilah, Encik Azmi ialah satu di antara sejuta yang betul-betul berpegang dengan kata-kata di dalam gambar ini. Justeru, marilah kita semua mengubah mindset kita, mulai hari ini, kita akan buat yang terbaik untuk hasil yang terbaik.

Motivasi Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anda bacalah buku tentang komunikasi. Sama ada ianya baru diterbitkan atau ianya telah diterbitkan seabad lalu, kata-kata di dalam gambar ini mesti ada.

Ya, kadang-kala kita tidak ingin mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh seseorang itu. Ianya boleh disebabkan oleh emosi, contohnya anda marah pada orang itu dan langsung tidak mahu mendengar penjelasan nya. Mungkin juga anda rasa orang tersebut tidak layak untuk didengari. Dia seorang yang jahat. Dia seorang yang pandai bermuka-muka. Statusnya dirinya jauh lebih rendah dari anda.

Justeru, saya mengajak anda untuk mendengar apabila seseorang ingin bercakap dengan anda, samada tentang kejayaanya, kegagalanya, kegembiraanya, kesedihanya. Nescaya, anda akan membina hubungan baik sesama manusia. Anda juga mungkin mempelajari sesuatu dari percakapanya.

Sunday 12 April 2020

Ringkasan Kursus Pengacaraan Majlis


Pengenalan

Kursus 2 hari ini disediakan khusus untuk peserta-peserta yang memerlukan kemahiran mengacara majlis dengan berkesan beserta dengan ketrampilan yang bersesuaian. 

Kursus ini menggunakan kaedah-kaedah pembelajaran dewasa yang telah terbukti mudah diikuti, berkesan dan praktikal.

Peserta-peserta diberi peluang secukupnya untuk menerap kaedah-kaedah Pengacaraan Majlis melalui aktiviti berkumpulan dan latihan persendirian yang telah dirumus dengan tujuan untuk mancapai matlamat kursus.

Setelah mengikuti kursus ini, peserta-peserta akan berupaya untuk mengacara majlis dengan yakin dan profesional lantas meningkatkan imej jabatan dan organisasi.

Matlamat Kursus

Matlamat-matlamat kursus ini adalah: 
  • Membekal peserta-peserta dengan kaedah-kaedah pengacara majlis
  • Memantapkan kemahiran pengacaraan majlis yang sedia ada
  • Menambahkan keyakinan peserta-peserta mengacara majlis
  • Memperkenalkan protokol panggilan hormat dan susunan keutamaan 
  • Memahami jenis-jenis pakaian yang digunakan dalam majlis
  • Menggunakan pakaian yang bersesuaian dengan keperluan majlis dan penganjur
  • Menyediakan skrip ucapan yang baik
  • Meningkatkan imej organisasi melalui pengacaraan majlis yang berkesan dan cemerlang

Pendekatan Kursus

Kursus ini menggunakan kaedah-kaedah pembelajaran dewasa sepenuhnya untuk memantapkan kefahaman, keberkesanan dan penerapan. 80% daripada kandungan kursus adalah berbentuk aktiviti-aktiviti berkumpulan dan persendirian, yang membantu peserta-peserta belajar dan berlatih kaedah-kaedah pengacaraan majlis dalam suatu suasana yang positif lagi menggalakkan pembelajaran.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGACARAAN MAJLIS Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Sukatan Kursus

Modul 1
Pengenalan kepada Pengacaraan Majlis

  • Takrif & matlamat majlis
  • Jenis-jenis majlis
  • Proses perancangan majlis
  • Kedudukan pengacaraan majlis di dalam proses perancangan majlis
  • Perbezaan antara membaca dan memberitahu maklumat
  • Pengacara Majlis vs Floor Manager
  • Single or Duet?
  • Elemen-elemen Pengacara Majlis Yang Hebat –eg: Tema majlis, Agenda program, Penyediaan ‘que-card’ dll
  • Tips-Tips Menjadi Pengacara Majlis Yang Hebat

Modul 2
Protokol Majlis

  • Panggilan rasmi
  • Susunan keutamaan
  • Susunan ketibaan, tempat duduk dan panggilan
Modul 3
Peranan Pengacara Majlis

  • Tugas dan tanggungjawab utama
  • Menangani gangguan, kecemasan dan keadaan luar biasa
  • Cabaran Pengacara Majlis – eg: Bersedia membuat perubahan agenda mendadak dll

Modul 4
Tertib Menghadiri Majlis Dan Tatarias

  • Pakaian rasmi dan kesesuaian
  • Jenis-jenis pakaian rasmi

Modul 5
Ciri Ciri Penting Dalam Penyampaian

  • Kaedah menangani perasaan gemuruh dan gugup
  • Kenyaringan suara
  • Modulasi dan kepelbagaian suara
  • Unsur-unsur menarik perhatian
  • Bahasa tubuh
  • Kaedah Penguasaan Pentas

Modul 6
Penyediaan Skrip

  • Kerangka dan contoh skrip
  • Latihan menyediakan skrip
  • Penggunaan bahasa istana
Modul 7
Latihan dan Simulasi Pengacaraan Majlis

  • Pengacaraan pelbagai jenis majlis rasmi dan tidak rasmi
  • Teknik rehearsal yg efektif



Jadual Kursus

Masa
Hari Pertama
Hari Kedua
8.30 am
Pengenalan kepada Pengacaraan Majlis (M1)

Penyediaan Skrip (M6)

10.45 am
Minum pagi
11.00 am
Protokol Majlis (M2)

Penyediaan Skrip - Sambungan (M6)

1.00 pm
Makan tengahari
2.00 pm
Peranan Pengacara Majlis (M3)

Tertib Menghadiri Majlis Dan Tatarias (M4)

Latihan dan Simulasi Pengacaraan Majlis  (M7)

3.30 pm
Minum petang
3.45 pm
Ciri Ciri Penting Dalam Penyampaian (M5)

Latihan dan Simulasi Pengacaraan Majlis - Sambungan (M7)

5.00 pm
Tamat

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS PENGACARAAN MAJLIS Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983